Friday, May 8, 2009

MENERIMA SURAT PERLANTIKAN AHLI MAJLIS

.
Alhamdullillah, saya telah menerima surat perlantikan sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor sebagaimana surat dari YB Dato' haji Abd Latiff bin Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh 01 Mei 2009.

Surat ini memaklumkan bahawa saya telah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi tempoh daripada 01 Mei 2009 hingga 31 Disember 2009 dengan syarat-syarat perlantikan akan terluput sekiranya:

(a) gagal menghadiri mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebab-sebab yang munasabah; atau

(b) sekiranya dihukum bankrap, muflis; atau

(c) didapati bersalah di dalam mana-mana Mahkamah jenayah dan dijatuhkan hukuman penjara yang melebihi enam bulan atau didenda lebih daripada RM2,000.00 atau didapati bersalah atas perbuatan-perbuatan rasuah, pecah amanah, penipuan atau sumpahbohong; atau

(d) menjadi tidak siuman atau menghadapi penyakit yang berjangkit; atau

(e) meletakkan jawatan; atau

(f) pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri didapati tidak layak menjadi ahli.

No comments:

Post a Comment