Saturday, February 20, 2010

POKOK MATI, POKOK MENUTUP SINARAN LAMPU DAN PARIT TIDAK DISELENGGARA

.
Pagi semalam, saya diminta oleh seorang penduduk di Jalan Padi Malinja 12 untuk melihat beberapa masalah.

Saya telah ditunjukkan sebatang pokok mati yang yang condong dan pada bila-bila masa boleh patah atau tumbang. Keadaanya sangat merbahaya kepada pengguna jalan raya.

Persoalannya ialah pokok ini terletak di tanah kosong kepunyaan Majlis Agama Islam Johor.

Di jalan ini juga terdapat beberapa pokok teduh yang rendang dan menutup sinaran lampu tepi jalan dan ia perlu dicantas.

Jabatan Seni Taman perlu mencantas dan menebang pokok mati berkenaan.

Seperkara lagi yang diadukan adalah parit yang tidak diselenggara oleh SWM. Saya melihat keadaan parit-parit disepanjang jalan berkenaan dan didapati banyak sampah sarap termasuk daun-daun kering yang tidak dibersihkan.

Friday, February 19, 2010

PEGAWAI MBJB MELIHAT MASALAH DI ZON BBU

.
Hari Isnin 22/2/2010, pegawai-pegawai MBJB akan ke Zon Bandar Baru Uda dalam program Gerak Mesra.

Saya bersama Jawatankuasa penduduk akan membawa mereka melihat beberapa masalah yang telah dikenalpasti untuk diambil tindakan sewajarnya.

1. Jalan sempit dan kesesekan di persimpangan Jalan Datin Halimah/Jalam Taruka

2. Taman-Taman Permainan yang perlu penyelenggaraan dan penambahbaikan:
- Padi Ria 15/17
- Padi Ria
- Padi Malinja 2
- Jagong
- Padi 4
- Susur Barli 1/1
- Flat Ledang

3. Tembok penahan bertetulang (retaining wall) di Jalan Padi Malinja

4. Kerosakan, keselamatan dan perkhidmatan di Apartment Taman Larkin Indah

5. Rumah kosong yang ditinggalkan menyebabkan pelbagai kacau ganggu di:
- Padi Huma 8
- Padi Ria 15
- Padi Huma 2 (3 buah)
- Tanah MAIJ

6. Lubang (sump) di Jalan Padi Huma 7 perlu diperbaiki

7. Keselamatan kanak-kanak sekolah melintas di Jalan Padi Mahsuri berhadapan Bangunan Uda Land:
- Lampu zebra crossing lebih terang
- Mencantas dahan pokok rimbun
- Memasang sign board

8. Jalan digenangi air apabila berlaku hujan di Jalan Padi Ria

9. Bau busuk dan tidak menyenangkan yang disyaki terbit dari beberapa kilang di Jalan Taruka, Jalan Padu dan Jalan Tahana

10. Pagar di tangki air SAJ Jalan Padi Huma 6 perlu diperbaiki

11. Keseluruhan longkang di Fasa Satu (Jalan Padi, Sekoi dan Jagong) perlu dibaiki kerana banyak kerosakan

12. Parit di kawasan kedai di Jalan Jagong Satu dan Jalan Sekoi perlu selenggaraan berkala

13. Cybercafe di Jalan Jagong Satu beroperasi hingga lewat malam dan mengganggu kediaman berdekatan

14. Workshop kenderaan sepatutnya menghadkan perkhidmatan servis dan tidak membaikpulih engin kerana kekotoran asap dan minyak selain bunyi bising

15. Terdapat rumah mengumpulkan barang lusuh yang mencacatkan keharmonian jiran di Jalan Jagong Satu dan Jagong 11

16. Pemantauan terhadap rumah yang dibenarkan sebagai tempat perniagaan kerana menyebabkan parit tersumbat

17. Menurap semula di keseluruhan Jalan Padi Malinja terutama Padi Malinja 7 dan berdekatan Surau Padi Malinja kerana rekahan

18. Persimpnagan Jalan Tahana dan Jalan Padi Ria memerlukan papantanda simpang tiga dan tanda hadlaju bagi mengelakkan kemalangan

19. Pembaikan beberapa kerosakan di Mesan Selera Mahsuri

20. Kawasan anak sungai di Timur Masjid perlu selenggaraan termasuk pokok-pokok teduh di tebingnnya

21. Kawasan substation TNB tidak dibersihkan terutama di Jalan Padi Ria 15

22. Pekerja SWM yang mengangkut sampah tidak meletakkan tong sampah di tempat asal hingga menyebabkan tong sampah dilanggar kenderaan dan pecah

23. Sampah yang dilonggok oleh SWM dan kontraktor pembersihan sepatutnya tidak ditinggalkan begitu lama hingga menyebabkan bau busuk dan keadaan bertambah buruk

24. Menurap semula jalan di kawasan Pangsapuri Ledang

25. Kerosakan kumbahan di Blok P Pangsapuri Ledang

26. Tiada pembersihan longkang dan parit di keseluruahan kawasan Bandar Baru Uda
.

Thursday, February 18, 2010

KERJA UBAHAN DAN TAMBAHAN BANGUNAN DI JALAN PADI RIA 12

.
Saya baru menerima aduan dari seorang penduduk BBU mengenai kerja-kerja membuat ubahan dan tambahan bangunan di No 23 Jalan Padi Ria 12.
Pengadu menyatakan kerja-kerja yang dibuat di bahagian belakang rumah telah menyebabkan laluan tidak dapat dilalui. Ini adalah disebabkan banyak bahan binaan dilonggokkan di situ sementara tidak diketehui samada kelulusan telah diberi oleh Majlis Bandaraya untuk kerja-kerja berkenaan.
Saya telah melalui kawasan berkenaan dan mendapati aduan adalah benar. Jabatan Bangunan akan dihubungi untuk membuat pemantauan.
.

Tuesday, February 16, 2010

LANGKAH BARU BASMI IKLAN AH LONG

.
Utusan Online hari ini memaparkan kenyataan Datuk Bandar MBJB, Haji Mohd Jaafar Awang yang sedang merangka langkah baru untuk membenteras lambakan iklan, risalah dan kad iklan pinjaman wang segera ceti haram atau ah long. Klik di sini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas laporan Utusan Malaysia yang mendapati poster-poster yang tidak diundang menyakitkan mata memandang dan menyukarkan orang ramai melihat tanda arah jalan.

Saya melihat kenyataan ini sebagai amat positif. Tindakan sekarang yang hanya mengarahkan unit penguatkuasa untuk menurunkan iklan dan kain rentang tidak berkesan mungkin disebabkan kekurangan kakitangan.

Di Zon Bandar Baru Uda, ramai penduduk yang telah sedar tentang vendalism ah long apatah lagi dengan kesan kepada mereka yang terpengaruh dengan iklan tersebut. Mereka terutama jawatankuasa penduduk berusaha membersihkan kawasan masing-masing.

Saya ingin mencadangkan agar dilakukan saranan berikut:-
  • Tindakan melalui perundangan berdasarkan nombor telefon dan bukti yang ada.
  • Melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia untuk membatalkan talian telefon yang dipaparkan.
  • Memberi insentif kepada jawatankuasa penduduk yang aktif membersihkan kawasan dan membantu menurunkan iklan berkenaan.
  • Memberi arahan baru kepada SWM, syarikat konsesi yang dilantik untuk membersihkan iklan-iklan haram.
  • Menubuhkan pasukan khas dari anggota majlis yang menjalankan tugas sertamerta apabila mendapat laporan dari orang awam.
  • Menghubungi jawatankuasa penduduk untuk turut membantu.
.



Thursday, February 11, 2010

MENGIKUTI MESYUARAT KRT PADI RIA

.
Malam Khamis baru lalu (10/2/10), saya menghadiri mesyuarat KRT Padi Ria BBU. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk membuat persiapan terakhir sebelum berlangsungnya Karnival KRT pada 20 dan 21 Februari ini.

Saya bersama Encik Azrin, Penolong Pengarah Kemasyarakatan MBJB hadir untuk membantu dan menyelerasakan program berkenaan.

Saya telah menghubungi Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Utama Hj Shahrir Samad bagi merasmikan program berkenaan. Esoknya saya telah mendapat sms dari Datuk Shahrir tentang persetujuannya untuk hadir.

Di mesyuarat tersebut, saya berkesempatan menjelaskan beberapa tindakan yang telah dijalankan sepanjang saya menjadi Ahli Majlis dan meminta AJK yang hadir untuk membantu dan memberi kerjasama.

Saya juga mencadangkan kepada KRT Padi Ria untuk membuat permohonan kepada Majlis Bandaraya untuk menyusunatur dan melesenkan beberapa peniaga yang membuka jualan makanan di kawasan letak kereta taman permainan bersebelahan pejabat KRT. Dengan cara ini peniaga akan berniaga dengan pemantauan, bersih dan teratur disamping KRT akan mendapat tabungan hasil yuran peniaga samada secara harian atau bulanan.

Thursday, February 4, 2010

DAHAN PATAH DI TAMAN PERMAINAN BBU

.
Semalam, seorang penduduk perihatin, Haji Mahfoz Kassim dari Jalan Jagong Empat memberitahu tentang dahan besar dari sebatang pokok di Taman Permainan Kanan-Kanak Jalan Jagong telah patah.

Pagi ini saya telah melihat keadaan pokok tersebut dan mendapati ia boleh mengganggu aktiviti riadah penduduk. Kawasan ini biasa digunakan oleh warga emas untuk kegiatan bersenam di waktu pagi dan juga kegiatan beriadah kanak-kanak serta keluarga.

Saya telah menghatar gambar dan makluman mealui 'mms' kepada Encik Jalil Tasliman, Pengarah Jabatan Landskap MBJB untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Tuesday, February 2, 2010

BILA NAK DIALIHKAN KENDERAAN INI

.
Kenderaan berdaftar JBE 9363 ini telah tersadai di Jalan Padi Makmur melebihi 2 bulan. Jalan ini begitu sesak di waktu puncak pagi dan petang.

Saya telah melaporkan di mesyuarat lalulintas, malangnya keadaan masih sama.

Monday, February 1, 2010

MASALAH DIBAWA DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA LALULINTAS

.
Pada bulan Januari 2009, saya telah membawa beberapa perkara untuk diambil perhatian dan tindakan samada oleh Majlis Bandaraya, JKR Daerah maupun PLUS.

Perkara tersebut adalah:-

  1. Meminta JKR Daerah melebarkan jalan di persimpangan Jalan Datin Halimah dan Jalan Taruka.
  2. Meminta JKR Daerah memperbaiki jalan dengan meletakkan papan tanda dan garisan daripada persimpangan lampu isyarat Jalan Cenderawasih/Jalan Datin Halimah (berhadapan Perpustakaan Sultan Ismail) bagi mengatasi masalah bottle neck di hadapan Pangsapuri Larkin Indah sehingga ke persimpangan Jalan Taruka/Jalan Datin Halimah. Keadaan sekarang sangat merbahaya kepada pengguna yang keluar masuk ke Pangsapuri Larkin Indah yang disebabkan jalan keluar dan masuk yang agak curam.
  3. Minta dicat semula bonggol jalan di Jalan Padi 4.

BEKALAN AIR TERGANGGU KERANA KERJA PENYAMBUNGAN DI TANGKI AIR JALAN JAGONG



.
Esok bekalan air akan terganggu dari jam 10 pagi hingga 8 malam di seluruh kawasan Jalan Jagong, Jalan Sekoi dan Jalan Padi. Termasuk juga adalah kilang biskut yang berdekatan Jalan Padi.

Gangguan adalah disebabkan kerja-kerja penyambungan terus dari tangki air berdekatan Surau Alfalah yang tidak lagi digunakan.

Difahamkan tangki air tersebut telah tidak digunakan sejak sekian lama dan menjadi gajah putih.

Saya ingin mencadangkan agar Jawatankuasa Tadbir Surau Alfalah membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tangki air tersebut yang telah tidak digunakan. Permohonan mungkin boleh dilakukan melalui Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri sekiranya benar tanah tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan.


WARGA BANDARAYA TIDAK TAHU KEWUJUDANNYA

.

Saya pernah ternampak Bas Perintis ini melalui perumahan Bandar Baru Uda, pertama kalinya pada bulan Disember lalu. Dulu ada kedengaran pihak IRDA akan menyediakan beberapa buah bas yang akan diserahkan kepada beberapa buah masjid seperti Masjid Bandar Baru Uda dan Masjid Kg Melayu untuk diurus dan digunakan oleh masyarakat berkenaan.

Di Mesyuarat Jawatankuasa Lalulintas MBJB pada bulan lalu, saya bertanya dengan pegawai IRDA tentang perkara tersebut tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

IRDA sepatutunya memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

LONGKANG PECAH DI JLN JAGONG 14

.
Saya mendapat aduan dari Hj Othman Mohd Amin tentang longkang di sebelah rumahnya yang pecah. Longkang yang pecah terletak di Jalan Jajong 14 disebabkan oleh akar sebatang pokok yang menjalar dan membesar.

Beliau mengharapkan longkang tersebut dibaiki dan pokok ditebang.

Saya telah melaporkan perkara ini di dalam borang aduan pada bulan Januari 2009.