Isu Pusat Karaoke Doremi yang wujud di Jalan Padi Emas 6/2 Bandar Baru Uda menarik perhatian saya samada ia perlu diberi kebenaran atau sebaliknya.
Pagi semalam, saya telah meminta pandangan dari Setiausaha dan Bendahari Masjid Jamek Bandar Baru Uda. Saya telah melontarkan pandangan agar pentadbiran masjid mengemukakan surat bantahan sekiranya tidak bersetuju atas kewujudannya.
Dalam perbincangan ini, perkara utamanya ialah apakah family karaoke atau karaoke keluarga ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral atau menimbulkan permasalahan lain. Selain itu apakah ia tidak mengikut peraturan yang disyaratkan oleh Majlis Bandaraya.

Kesimpulannya ialah pentadbiran masjid tidak bersedia untuk mengemukakan surat bantahan.
Malam tadi, saya membawa Jawatankuasa Penduduk Zon BBU iaitu Hj Mohd Said Ibrahim yang juga mantan Ahli Majlis (Zon BBU) dan Hj Nasaruddin Yunus untuk melihat persekitaran dan suasana dalam karaoke tersebut.
Dalam temubual bersama Encik Louis Lim yang mengaku sebagai ketua kepada beberapa orang pekerja Melayu, perkara ini diberitahu:-
- Masih belum mendapat lesen hiburan dan kelulusan Majlis Bandaraya
- Pusat hiburan berkonsep karaoke keluarga
- Mempunyai 22 bilik yang akan dibuka dari jam 11 hingga 1 pagi
- Bilik kedap bunyi dan tidak didengar dari luar
- Tiada jualan minuman keras
- Tiada pegawai perhubungan pelanggan wanita (GRO)
- Menyediakan jualan makanan seperti nasi lemak dan sebagainya
- Tiada disco dan live band
- Tidak melanggar syariat dan peraturan yang ditetapkan
- Pastikan tempat beriadah bersama keluarga
- Boleh menjalankan tuntutan agama seperti menyediakan tempat bersolat
- Tidak disalahgunakan terutama golongan remaja
- Pastikan pengunjung menjaga tingkah laku dan tidak melakukan maksiat
Assalammualaikum, Terima kasih dengfan keperihatinan tuan berkaitan hal ehwal di BBU ini. Tuan,ada satu lagi pusat karaoke di medan selera mahsuri atas restoran mamak yang saya tak ingat namanya....masa mula-mula dibuka, saya rasa agak curiga, diluaran pula macam stail Pub di persekitaran Taman Sentosa pula. Saya berharap semua kegiatan perniagaan yang bertentangan dengan Agama Islam dapat dielakkan di kawasan yang mejoritinya adalah beragama Islam. Sekian,terima kasih.
ReplyDelete