Kawasan perumahan Bandar Baru Uda memang sangat terkenal dengan gantungan pelbagai baner, bunting, poster dan sebagainya. Di setiap tiang elektrik dan talipon akan kelihatan bunting tergantung menjadikan keadaan persekitaran menjadi tidak ceria. Apatah lagi terdapat gantungan yang telah begitu lama sehingga berwarna pudar dan koyak rabak.
Apa yang berlaku di sini adalah tidak ada pemantauan dari Majlis Bandaraya walaupun telah diberitahu samada secara rasmi atau secara perjumpaan terus.
Perkara lain yang perlu diambil perhatian adalah samada ia mendapat permit dari Majlis selain paparannya yang mungkin tidak mengikut tata bahasa yang betul. Begitu juga dengan jualan murah samada ia mendapat kebenaran dari Kementerian Hal Ehwal Pengguna.
Gambar-gambar di bawah telah saya ambil di sekitar Bandar Baru Uda pada pagi tadi.

Tumpukan kepada pembersihan tampalan Along tu lebih baik daripada menumpukan pada peniaga yg lain. Tampalan stiker, banner yg terlalu banyak di mana2 tanda jalan penuh dgn stiker Along! Mereka sukahati bagaikan semua harta kerajaan tu harta mereka. Alamat jalan pun ditampal dgn stiker, siap gantung banner di banyak tiang alamat jln. Tanda trafik pun di tampal. Berjaya membersihkan masalah ni, tumpukan lah pada mereka yg tidak ikut peraturan tapi jgnlah hingga berniat utk menganiaya org berniaga - nak cari makanlah kita.
ReplyDelete