Tuesday, February 16, 2010

LANGKAH BARU BASMI IKLAN AH LONG

.
Utusan Online hari ini memaparkan kenyataan Datuk Bandar MBJB, Haji Mohd Jaafar Awang yang sedang merangka langkah baru untuk membenteras lambakan iklan, risalah dan kad iklan pinjaman wang segera ceti haram atau ah long. Klik di sini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas laporan Utusan Malaysia yang mendapati poster-poster yang tidak diundang menyakitkan mata memandang dan menyukarkan orang ramai melihat tanda arah jalan.

Saya melihat kenyataan ini sebagai amat positif. Tindakan sekarang yang hanya mengarahkan unit penguatkuasa untuk menurunkan iklan dan kain rentang tidak berkesan mungkin disebabkan kekurangan kakitangan.

Di Zon Bandar Baru Uda, ramai penduduk yang telah sedar tentang vendalism ah long apatah lagi dengan kesan kepada mereka yang terpengaruh dengan iklan tersebut. Mereka terutama jawatankuasa penduduk berusaha membersihkan kawasan masing-masing.

Saya ingin mencadangkan agar dilakukan saranan berikut:-
  • Tindakan melalui perundangan berdasarkan nombor telefon dan bukti yang ada.
  • Melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia untuk membatalkan talian telefon yang dipaparkan.
  • Memberi insentif kepada jawatankuasa penduduk yang aktif membersihkan kawasan dan membantu menurunkan iklan berkenaan.
  • Memberi arahan baru kepada SWM, syarikat konsesi yang dilantik untuk membersihkan iklan-iklan haram.
  • Menubuhkan pasukan khas dari anggota majlis yang menjalankan tugas sertamerta apabila mendapat laporan dari orang awam.
  • Menghubungi jawatankuasa penduduk untuk turut membantu.
.



No comments:

Post a Comment